Teater boneka air di Hanoi

**This post is written in Malay**

Musim sejuk yang lalu, aku berkesempatan menjejakkan kaki ke bandaraya Hanoi, di utara Vietnam. Secara jujurnya aku tidak menyangka cuaca di Hanoi ketika itu akan mencecah dibawah 10 darjah celcius. Keadaan angin yang kuat serta ketiadaan cahaya matahari memburukkan lagi keadaan.

Sehari sebelum bertolak pulang ke Malaysia, kami sempat menyaksikan pertujukan Boneka Air atau “Water Puppet Show” yang merupakan salah satu tarikan utama di bandaraya Hanoi. Teater boneka air Thang Long terletak berhampiran Hong Kiem Lake di kawasan “Old Quater” bandaraya Hanoi. Oleh kerana ianya terletak tidak berapa jauh dari hotel penginapan kami, kami hanya berjalan kaki ke sana.

water-puppet-1

Teater Thang Long

water-puppet-2

Tasik Hong Kiem atau Hong Kiem Lake

Setelah membeli tiket yang berharga 100,000 VND, kami berjalan di kawasan sekeliling kerana masih terdapat masa sebelum pertunjukan bermula. Sebenarnya ia mempunyai 2 jenis tiket iaitu 60,000 VND dan 100,000 VND. Bezanya, tiket murah duduk di kawasan belakang, tiket mahal tempat duduknya di depan. Kami sempat menikmati makan tengah hari kami di Nisa Restaurant, sebuah restoran halal kepunyaan rakyat Malaysia yang terletak lebih kurang 5 minit dari teater tersebut.

water-puppet-3

 kawasan berhampiran teater tersebut

water-puppet-4

Nisa restaurant, kepunyaan rakyat Malaysia

Setelah selesai menjamu selera, kami terus kembali ke teater Thang Long. Kami dapati hampir kesemua pengunjung sudah bersedia di dewan dan loceng juga telah dibunyikan menandakan pertunjukan akan dimulakan tidak lama lagi. Tempat duduk kami adalah di baris kedua dari depan, memberikan pandangan yang cukup selesa.

water-puppet-8

water-puppet-7

water-puppet-6

water-puppet-11

Pertunjukan boneka air ini merupakan sebuah teater musikal yang menceritakan sejarah negara Vietnam. Ianya dimulakan dengan kata aluan serta ‘live music’ dan diteruskan dengan pertunjukan boneka air. Walaupun ianya dijalankan dalam bahasa Vietnam, terdapat sebuah skrin yang memaparkan jalan cerita didalam bahasa inggeris bagi memudahkan pengunjung yang rata-ratanya daripada luar negara.

water-puppet-9

water-puppet-10

water-puppet-12
water-puppet-13

water-puppet-14

Ianya tidak mempunyai pentas seperti teater biasa, sebaliknya sebuah kolam air yang menjadi pentas pertunjukkan. Kesemua boneka atau patung yang digunakan adalah diperbuat daripada kayu dan ianya disambungkan dengan kayu yang panjang serta tali yang memboleh kan pemainnya menggerakkan boneka tersebut.

water-puppet-15

water-puppet-16

water-puppet-18

water-puppet-19

water-puppet-20

water-puppet-21

Pertunjukkan berlangsung hampir 1 jam. Di akhir pertunjukan, para penggemudi  boneka tersebut akan keluar dari layar belakang untuk bertemu penonton. Aku juga sempat mengambil video pendek semasa ianya diadakan.

 

5 Responses so far.

  1. biqque says:

    best gak tgk dulu kat tempat ni, ada part yg kelakar 😀 tapi salute la puppeteers tu, terer!

  2. anash says:

    terus terasa sejuk bebeno pabila baca entry ini
    ooooooo
    sebab basah…
    hehhehehe

  3. Jeff says:

    syoknya…

    am waiting for my turn to visit Hanoi…

  4. Nani says:

    Cam best jer tmpt teater air ni..cam sama tempat dgn tmpt shooting running man ep.136 kt Hanoi…


Turkey – A...

Nearly 5 months since my last update... now am currently ...

Review: Alaaddin Hotel,...

During our 8 days visit to Turkey, we spent 4 ...

Souq Waqif and...

When we arrived at Doha Int. Airport, it was 6.30 ...

Transit in Doha

Last month I travelled to Turkey and Saudi Arabia for ...

Experience traveling WithLocals

Experience traveling WithLocals During my trips, I usually try find ways ...

Turkey – A...

Nearly 5 months since my last update... now am currently ...

Review: Alaaddin Hotel,...

During our 8 days visit to Turkey, we spent 4 ...

Souq Waqif and...

When we arrived at Doha Int. Airport, it was 6.30 ...

Transit in Doha

Last month I travelled to Turkey and Saudi Arabia for ...

Experience traveling WithLocals

Experience traveling WithLocals During my trips, I usually try find ways ...

PROMOTIONS