Alami pengalaman unik di Marwa Farm

**This post is written in Malay**

Ini adalah entri pertamaku dalam Bahasa Malaysia. Bukan berniat untuk mengubah haluan tapi hati ini tiba-tiba tergerak untuk menulis dalam bahasa kebangsaan.

Aku dan beberapa orang rakan telah mengembara ke Australia Barat pada bulan Mac yang lalu. Mac merupakan masa pertukaran musim diantara musim panas dan musim luruh di Australia. Namun begitu nasib kurang menyebelahi kami kerana pada masa itu Australia Barat dilanda ‘heat wave’ selama 4 hari. Suhu disana naik mendadak sehingga mencecah 43 darjah celcius. Lebih panas dari suhu normal di Malaysia. Walaupun aku pernah merasai suhu yang lebih panas ketika di timur tengah beberapa tahun yang lalu tapi panas disini tetap terik.

Sepanjang pengembaraan kami diasana, kami sempat merasai pengalaman tinggal di sebuah rumah ladang. Tempat ini diberi nama Marwa Farm dan terletak di daerah Gingin.  Jaraknya adalah lebih kurang 100km dari pusat bandar Perth. Ladang ini dimiliki oleh sebuah pasangan rakyat Malaysia, Encik Safaruddin & Puan Nita.

rumah di Marwa Farm

kawasan ladang yang sangat luas

Setelah selesai memberi makan kangaroo di Caversham, melawat ladang anggur serta kilang nougat di kawasan pinggir bandar Perth, kami terus bertolak ke daerah Gingin. Gingin terletak diutara bandar Perth dan berada dipertengahan jalan bagi pengunjung yang berhajat melawat kawasan Pinacles.  Perjalanan kami mengambil masa satu jam setengah dengan memandu sendiri kereta yang disewa sambil dibantu oleh sistem ‘GPS’ Garmin.

Rumah yang kami tinggal di Marwa Farm ini mempunyai 3 bilik tidur yang selesa dan lengkap berhawa dingin. Ia boleh memuatkan sehingga 10 orang tetamu dalam satu masa. Rumah ini juga dilengkapi dengan dapur, kelengkapan memasak serta ruang tamu yang luas.

tempat tidur yang sangat selesa

Marwa Farm mempunyai kawasan seluas 7 kilometer persegi, satu kawasan yang sangat luas. Ternakan yang utama disini adalah kambing dan biri-biri. Kesemua ternakan disini tidak perlu diberi makan kerana mereka akan mencari makanan sendiri dikawasan ladang tersebut. Ternakan yang paling unik disini adalah Alpaca, binatang yang nampak seakan-akan gabungan seekor kuda padi dan biri-biri.

tembikai liar

sebuah kereta lama yang tersadai di kawasan ladang

jejak laluan kami

Terdapat 7 ekor Alpaca di ladang ini termasuk seekor anak yang baru lahir ketika kami tiba disana. Kandangnya diletakkan di sebelah pintu pagar masuk ke kawasan ladang. Kami juga berpeluang memberi makan kepada kesemua Alpaca. Alpaca ini amat gemar memakan lobak merah. Namun begitu ia tidak akan makan lobak yang telah digigit oleh rakannya yang lain. Antara haiwan-haiwan lain yang boleh dijumpai disini termasuk lembu, kangaroo, tupai dan arnab liar.

Alpaca ini diberi nama Tompel

sessi menjamu Alpaca

Disini juga terdapat 2 buah ‘quad-bike’ atau juga dikenali sebagai ‘ATV Bike’ yang memudahkan tetamu meneroka kawasan ladang tersebut. Kami hanya meneroka sejauh 1 km pada hari pertama kerana pada masa itu sudah lewat petang dan sudah hampir gelap.

Quad Bike

sessi mengejar kambing

Suasana matahari terbenam di Marwa Farm amatlah cantik sehingga membuatku terpesona dengan keindahannya.

suasana mathari terbenam

Di hari kedua, aku dan rakan-rakan mengembara jauh kedalam lagi kali ini dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda kepunyaan En. Safaruddin. Kami terserempak dengan beberapa kumpulan biri-biri dan juga beberapa ekor lembu yang bersaiz besar. Terdapat juga sebatang anak sungai yang mengalir dikawasan ladang tersebut serta beberapa buah kolam semulajadi yang menawarkan suasana menarik kepada pengunjung.

menjelajah menaiki pacuan 4 roda

anak sungai

Kami hanya sempat bermalam selama satu malam di Marwa Farm. Namun begitu pengalaman yang diperoleh adalah sesuatu yang sangat unik.

 

Peta Lokasi


View Marwa Farm in a larger map

29 Responses so far.

  1. ely says:

    heatwave huishhh terasa kepanasannye.

  2. Hong C. Wern says:

    teramat cantik..walau panas macam mana pun, kita kan dah biasa ..hehe

  3. safuaria says:

    salam, mcm mana nak pergi marwa farm tu?? bilik satu mlm berapa yee??

  4. hani says:

    hai,
    boleh saya tahu macam mana nak contact En. Sharafuddin. Saya berminat nk ke sana.

  5. rasimah bt abu bakar says:

    berapa harga semalam sewa rumah ini dan boleh saya tahu macamana hendak berhubung dengan en. sharafuddin, kami berminat ke sana.

  6. hidayah says:

    Assalamualaikum,

    Nak mintak info pasal tpt ini juga, TQ

  7. faizah says:

    Boleh tak email pasal marwa farm ni jugak

  8. Sofiah says:

    Hai..sgt berminat dgn cerita u..boleh email pada sy detail berkenaan marwa farm..brp harga untuk 1 malam

  9. Halimaton says:

    Saya nak ke perth end of May 2013. Jauh tak pinnacles dari city perth. Saya akan drive sendiri dan berminat nak gi marwa farm. Berapa AUSD 1 night. TQ

  10. Ruztina says:

    Saya baru balik dari Perth last 2weeks dan sempat bermlm di Marwa Farm selama 2mlm. Walaupun masatu spring tapi mmng panas gak lebih panas dari M’sia. Ketibaan kami disambut pasangan suami isteri En Safa & Pn Nita yg telah menyediakan kami BBQ lamb yg jadi lauk diner kami. Masih teringat seronok menunggang ATV bike dan meronda ladang memacu 4WD En Safa tp xberani nak bagi makan siAlpaca. Keadaan rmh selesa,mmng cantik waktu sunset diret dr dapur dan surise kira2 pkul 5pg. Setrusnya kami ke Pinacle dan sand boarding di Lancelin. Kami sempat membawa pulang ke Msia seekor kambing dari ladang ini… t’kasih En Saf yg tlah memproses kambing trsebut dan sudi menghantar kami keairport waktu kepulangan kami ke KL

  11. norma says:

    mohon emelkan info tentang warwa farm ini. terima kasih.

  12. spr says:

    Salam
    hye..
    terima kasih atas perkongsian percutian yang menarik.

    sy berminat utk dapatkan details ttg tempat ni in term of sewaan etc.

    boleh emailkan kepada sprsangpencintaratu@yaoo.co.uk.

    Terima kasih banyak 🙂


Turkey – A...

Nearly 5 months since my last update... now am currently ...

Review: Alaaddin Hotel,...

During our 8 days visit to Turkey, we spent 4 ...

Souq Waqif and...

When we arrived at Doha Int. Airport, it was 6.30 ...

Transit in Doha

Last month I travelled to Turkey and Saudi Arabia for ...

Experience traveling WithLocals

Experience traveling WithLocals During my trips, I usually try find ways ...

Turkey – A...

Nearly 5 months since my last update... now am currently ...

Review: Alaaddin Hotel,...

During our 8 days visit to Turkey, we spent 4 ...

Souq Waqif and...

When we arrived at Doha Int. Airport, it was 6.30 ...

Transit in Doha

Last month I travelled to Turkey and Saudi Arabia for ...

Experience traveling WithLocals

Experience traveling WithLocals During my trips, I usually try find ways ...

PROMOTIONS