**This post is written in Malay**
Selepas beredar daripada kawasan perkampungan air Qibao, kami terus naik train LINE 10 untuk ke destinasi seterusnya, Yuyuan Garden. Perut memang dah lapar dah masa tu. Hasil kaji selidik, dekat kawasan Yuyuan Garden tu ada masjid, jadi mesti ada makanan halal dekat-dekat situ. Bila sampai di stesen Yuyuan Garden, main agak-agak saja jalan based on peta google map yang tengok sebelum keluar hotel tadi.
Lepas berjalan 3-4 minit, terjumpa lah masjid. Dekat tepi masjid tu ada makcik pakai tudung tengah jual kuih. Terus la aku pegi dekat kan. Nampak dalam gerai dia tu ada kuih ala-ala karipap, kuih bom, pastu yang macam roti nan & cakoi pon ada. Aik lebih kurang kuih kat Malaysia la pulak. Tapi disebabkan kami lapar sangat, takkan nak makan kuih jer kot.
masjid di kawasan Yuyuan Garden
roti nan, karipap, kuih bom.. semua ada
Jadi kami terus berjalan cari restoran atau gerai lain. Pusing nak dekat 10 minit tak jumpa la pulak restoran. Tiba-tiba nampak pakcik pakai kopiah sorang, terus la aku bagi salam dan tanya pakcik tu dalam english (sambil tunjuk isyarat makan). Dengan semangatnya dia terang kat aku dalam bahasa yang aku tak paham langsung, pastu tunjuk ke depan sana and buat sign macam pintu sliding door kedai tengah bukak. Aku ingatkan dia cakap kedai tu ada pintu sliding door ker apa.. Hmmm
Alhamdulillah, lepas jalan 5 minit, jumpa la satu restoran kecik berdepan dengan Gucheng Park . Pastu tuan kedai tu tengah tarik-tarik tepung kat depan tu untuk buat mee. Ooo rupanya yang dimaksudkan oleh pakcik tadi tu, mee tarik la! Bukan sliding door! Pfffttt. Tapi disebabkan takut tak kenyang makan mee tarik, kami pon order la nasi goreng. Ditambah pula dengan kambing masak apa ntah, nak memanaskan badan di kala cuaca sejuk katanya. **Boleh tengok sini untuk senarai makanan halal di Shanghai**
Lepas makan, kami terus masuk ke dalam Yuyuan Garden. Fuhh, keadaan dalam tu memang semak dengan orang ramai. Nak ambil gambar pon susah. Dekat kawasan Yuyuan Garden nie, bangunan dia semua ala-ala traditional Cina. Dekat dalam tu jugak banyak kedai dan gerai-gerai untuk orang yang nak ber’shopping’. Macam-macam dorang jual kat situ, souvenir, jam, lukisan dan lain-lain. Yang aku terpegun tu, ada satu kedai tu semata-mata jual sikat. Macam-macam jenis sikat ada, yang plastic, kayu, besi dan lain-lain. Memang tu jer la produk dia, tak ada benda lain dah. Fuhh.
Untuk mengelak daripada kesesakan, kami pun masuklah dalam salah satu taman kat situ iaitu Dianchun Hall. Kena bayar CNY 30 masuk taman nie, tapi memang cantik taman dia. Orang pon tak ramai sini, boleh la nak amik gambar puas-puas.
Setengah jam jugak la kami kat dalam kawasan Dianchun Hall tu. Lepas keluar dari Inner Garden tu, kami terus beredar dari Yuyuan Garden untuk menuju ke kawasan popular di Shanghai, Nanjing road.
wowww…. nak pergi nanti insA…
insyaAllah..
Sikat tu penting. Ada sikat yang buat dari tanduk rusa, tanduk kerbau dan macam-macam lagi. Nampak macam plastik, tapi betul-betul tanduk. Siap boleh guna untuk urut mengurut jugak kegunaan sikat tu.