**This post is written in Malay
Sambungan dari sini
Seperti yang diberitahu dalam entri sebelum ini, untuk entri kali ini aku telah menemubual beberapa orang ‘travelholic’ dari Malaysia untuk berkongsi pengalaman mereka tentang makanan halal ketika mengembara. Jom kita tengok apa kata mereka.
—————————————————————————–
Selalunya, untuk bawak makanan sendiri or not dari Malaysia, depends on negara mana yang nak pegi juga kot. Kalo negara yang mainly Muslim macam Indonesia or Thailand, memang tak bawak stok makanan. Kalo macam Korea ke, Australia ke, India ke memang akan bawak la..
Di antara contoh makanan yang wajib dibawa adalah seperti serunding, maggie, instant lauk dari brahim, tuna,and crackers.
Biasanya cari makanan halal di tempat orang dengan bertanya pada locals. Dengan tanya pada locals adalah lebih reliable. Atau bagi negara yang mungkin akan ada masalah communication, sebelum tue akan buat research kat website cari restaurant halal di tempat yang ingin diterjah nanti.
bakso jumbo di Yogjakarta
makan iga bakar di Joqjakarta. Iga (daging+tulang rusuk)
Biasanya akan try juga makanan tempatan di negara yang pergi tue. Kalo di Indonesia dan Thailand memang sangat berbagai yang buleh dicuba. Tapi kalo di India dan Korea memang kena memilih juga la..Tapi akan cari peluang utk rasa makanan tempatan. Untuk negara yang susah nak cari yang halal tue, biasenya akan memasak la kat kitchen hostel yang ada. syiok juga masak nasi..masak yang simple2, beli barang mentah kat kedai yang ada di sana. Kalo naseb baik, owner hostel/hotel bleh tolong masakkan macam pengalaman i di kashmir..
suasana ‘picnic’ di Kashmir
Pengalaman yang tak dapat dilupa ketika travel mengenai makanan adalah piknik dengan family driver, Uncle Ghulam di tepi jalan pergunungan di Gulmarg, Kashmir.. Waktu tue memang sejuk, then dapat pula makan lauk tempatan mutton pedas yang dimasak oleh isteri uncle ghulam tue. Salad dan kobis mentah dibuat sebagai lauk sampingan. memang memori sangat sebab background tempat piknik memang terbaik dengan bersalji bagai..hmmm best.
Mas Zuber,
theponderofme.blogspot.com
—————————————————————————–
Selalunya saya tak pernah terfikir nak bawak makanan dari Malaysia tapi kalau travel bawak periuk nasi pernah jugak buat 🙂
Bagi makanan halal saya tak kisah kalau makan vegetarian,seafood/makan roti dengan cheese sahaja. Untuk ayam/daging halal carilah restoran India kerana kebanyakannya menyiapkan makanan Halal tapi eloklah bertanya dahulu untuk mendapatkan pengesahan halal itu.
Crayfish at Kaikoura, NZ
Chinook King Salmon at Twizel, South Island NZ
Saya sebenarnya suka travel sambil mencuba makanan tempatan. Makanan paling best adalah di Kumarakom Restaurant, India yang menghidangkan masakan dari Kerala seperti roti canai dan kari ikan yang meletup sedap. Kalau di New Zealand seafood segar macam salmon, mussels, crayfish memang ‘awesome’.
Pengalaman tak boleh dilupakan antaranya adalah kisah makan nasi briyani Hyderabad di India. Di India, selepas makan akan dihidangkan sepiring jintan bersalut gula yang sedap, berangin untuk hilangkan bau mulut. Suatu hari ada kawan ternampak jintan ni mereka ambil daripada laci meja dan sambil menceduk jintan, lipas pun keluar sekali. Sebab tula jintan bergula ni semua orang cakap sedap 🙂
Yasz Amzah,
YaszAmzah.com
—————————————————————————–
“Makanan halal tak pernah jadi isu setiap kali saya berjalan ke luar negara sebab saya akan makan dalam penerbangan dan bawak sikit bekalan dari Malaysia. Seruding dengan 3-dalam-1 minuman bijirin antara makanan penting yang saya akan bawak sebab protein dan gandum membuatkan saya kenyang semasa berjalan. Tapi kalau saya ternampak apa-apa makanan tempatan yang saya penah terbaca di internet atau cantik dari segi rupa, saya cuba jugak, seperti onigiri di Tokyo, sambal jawa di Merapi, dirty rice di Houston, sup konro di Makassar, dan daging naik bukit di Siem Reap.
Saya tak berbelanja mewah untuk makanan dan saya tak terlalu bergantung pada kedai makanan halal sangat sebab saya jenis yang mudah dan tak cerewet. Paling tidak, saya akan cari makanan berasaskan laut atau cuba olah sesuatu makanan itu. Paling tak dapat dilupakan ialah daging naik bukit yang dimasak sendiri oleh pak imam di Siem Reap, khas untuk saya dan suami.”
Biqque
biqque.blogspot.com
—————————————————————————–
** Semua gambar diatas adalah sumbangan dari mereka yang disebut diatas.
lapar la pula tengok gambo makanan di sini…
haipp.. makan makan makan..
Sebesar-besar kota Bacolod, Pulau Negros, Filipina hanya ada satu saja warung makan halal. Warungnya kecil saja terletak di dalam kompleks Chinatown. Saya dapati sekejap saja dibuka. Pukul 12 tengah hari dah tutup. Untuk persediaan makan pagi dan malam, saya beli roti, keju dan mee segera yang ada tanda halal. Beli juga milo dalam peket dan kopi segera. Bila-bila pun boleh santap dalam kamar hotel. Itulah secebis kenangan di Kepulauan Visayas Filipina. Anda dikelilingi wajah-wajah seiras dan bahasa yang hampir sama tapi soalmakan sangat berbeza. ‘Kaki ku sakit kena batu’ orang Visaya juga sebut ‘Kaki ko saket kena bato’. Itulah teriakkan spontan takala kaki saya tersadung batu semasa memboceng motorsikal mendaki pergunungan Gunung Berapi Kanlaon. Teriakkan yang difahami oleh pemandu saya lantas barulah saya tahu, bahasa melayu kita hampir sama dengan kebanyakkan bahasa-bahasa di Filipina.
Hello,
Apa khabar. Ni nak bagi tau ckit ni. Pernah tak pijak kaki di Sarawak? Kalau pernah nak datang lagi tak? Kalau belum pernah nak cuba tak? Ni ada website yang boleh tolong…jadi dipersilakan untuk meninjau sedikit yeh…? Salam dari orang Kuching.
http://www.facebook.com/pages/Pakej-Percutian-Sabah-Sarawak-Travel/147676668611398?ref=hl