Gambar di sekitar jalanan India

**This post is written in Malay**

Setahun sudah berlalu, namun pengalamanku menjelajah ke bumi India masih lagi segar dalam ingatan. India merupakan sebuah negara yang populasinya menjangkau satu billion penduduk. Bagiku, India merupakan sebuah negara yang unik. Kekayaannya dari segi budaya serta sejarah memang tidak dapat dinafikan. Perjalanan kami ke sana tanpa menggunakan khidmat agensi pelancongan telah memberi peluang bagiku untuk menghayati sendiri bagaimana kehidupan masyarakat tempatan disana. Pergerakan kami disana banyak menggunakan pengangkutan awam seperti tuk-tuk, teksi dan juga keretapi serta diselangi dengan penerbangan tempatan bagi  merentasi antara bandar yang jauh jaraknya.

seorang kanak-kanak didalam tuk-tuk di bandaraya Bangalore

kenderaan dihampiri oleh pengemis termasuk kanak-kanak adalah perkara biasa ketika kenderaan berhenti di lampu isyarat

Aku dapat melihat dengan terangnya perbezaan darjat antara rakyatnya yang kaya dengan yang miskin. Contohnya di bandaraya Mumbai, dimana berdirinya bangunan-bangunan yang gah seperti Hotel Oberoi & Taj Mahal Palace yang bertaraf 6 bintang itu, namun didalam kawasan bandar yang sama juga masih banyak rakyatnya yang tidak mempunyai tempat untuk berteduh. Di Bangalore pula, aku melihat sebuah kereta Mercedes mewah berhenti di lampu isyarat, manakala disebelahnya berhenti pula sebuah kereta lembu sarat dengan jerami padi. Banyak lagi situasi-situasi yang menunjukkan perbezaan ketara antara rakyatnya yang telah ku lihat sepanjang aku disana.

Hotel Taj Mahal Palace yang telah menjadi tempat penginapan orang ternama seperti Presiden Amerika dan selebriti-selebriti terkenal

antara tempat yang dipanggil rumah oleh sesetengah masyarakat disini

Gambar-gambar yang diterbitkan disini adalah antara yang sempat ku ambil dijalanan sepanjang pengembaraan ku bermula dari Bangalore di selatan hingga ke New Delhi di utara. Tujuan meletakkan gambar-gambar ini disini hanyalah sekadar berkongsi pengalaman serta dijadikan renungan bersama.

Di tengah-tengah kesibukan jalan raya yang dipenuhi kereta mewah, masih terdapat situasi begini

lembu masih digunakan sebagai medium mengangkut minyak disesetengah kawasan

golongan berumur masih lagi terpaksa bekerja mengayuh basikal yang telah diubahsuai menjadi kenderaan pengangkut barang. Gambar ini diambil di Agra.

kereta lembu diletakkan ditepi jalan sambil makanan dijamu dihadapannya, manakala tuannya menjamu selera di gerai dibelakang

terdapat restoran yang menawarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah seperti McDonalds, bezanya ia menggunakan basikal

gerai menjual kelapa muda

seorang peniaga kacang goreng di kaki lima

makanan tempatan yang dibungkus dengan daun sireh

sebuah medan selera di Chowpatti Beach, bezanya pelanggan perlu makan secara bersila di atas tikar yang disediakan

gerai menjual makanan burung untuk dijamu kepada kumpulan burung dibelakang

remaja-remaja ini sedang menyiapkan lampu dekorasi bagi sebuah majlis perkahwinan

sebuah gerai menjual pashmina dan payung, disamping itu ianya menawarkan khidmat fotografi juga

sebuah kedai buku di tengah-tengah bandaraya Mumbai

taman permainan ataupun ‘Fun Fair’ di Chowpatti Beach, cuma bezanya ia tidak menggunakan elektrik. Semua permainan akan ditolak atau diputar oleh pekerja.

seorang peniup seruling dengan ularnya di kaki lima bandaraya New Delhi

kedai dobi terbesar di dunia, Dhobi Ghatt terletaknya di Mumbai. Disini semua aktiviti membasuh dijalankan secara ‘manual’. *Lebih banyak gambar didalam entri terdahulu saya mengenai Dhobi Ghatt di sini

para pekerja Dhobi Ghatt sedang giat mengeringkan pakaian

sekumpulan wanita bermain ‘dam’ di tepi jalan

ahli rombongan berarak bersama pengantin perempuan di jalanan.

sambil diiringi oleh kumpulan pancaragam.

Pengalaman untuk melihat sendiri kehidupan masyarakat di India telah sedikit sebanyak meninggalkan impak yang mendalam terhadap diriku. Walaupun dalam sesetengah bidang India adalah lebih maju dari Malaysia, namun kemajuannya adalah tidak sekata dikalangan rakyatnya. Jurang perbezaannya amatlah ketara jika hendak dibandingkan dengan situasi di negara kita. Apa yang aku terbitkan disini cumalah sedikit, dan aku yakin rakan-rakan blogger yang telah mengembara ke bumi India mempunyai banyak gambar-gambar jalanan untuk dikongsi bersama.

10 Responses so far.

  1. Yasz says:

    Dan, kalo tak silap, tuk tuk di India dipanggil ‘Auto’. Byk pengalaman dengan auto ni especially bab geng2 auto bergaduh – memang sangat drama. Yang paling tak boleh lupa, sekali penah kena marah dgn pakcik auto dlm bhs tamil, dia paksa kitaorg turun. Ingat lagi dia ckp ‘Podah’ ngan nada marah sesangat. Nasib tang podah tu dah paham. Hehe.

    and lagi satu, tak semua orang India pernah naik auto. mungkin ada kaitan dengan ‘kelas’ atau kasta masing2.kalo duduk India lama2, memang boleh masuk tahap ‘depresi’, lebih2 lagi bila duk teringat tanah air yang jauh lagi baik drp negara ni. :)

    • danarif says:

      yup btol, mmg dorg panggil auto.. sbb auto-rickshaw.. haha apa korg gaduh dgn pakcik tu sampai kena marah.. I ada jgak gaduh dgn teksi driver dkt Mumbai sbb dia xnk hantar kitorg kat hotel.. dia berhenti dkt train station jer.. mula2 xnk turun, paksa dia suruh hantar kat hotel.. last2 pikir blk baik turun jer.. daripada dia tinggal dkt tempat yg x familiar.. so terpaksa la jalan kaki 15 minit balik hotel..

      • Yasz says:

        Rasenye miscommunication n lagi satu pakcik tu tak reti ckp English. So dia jadi naik angin la kot bila kitaorg takmo turun (sebab tak smpai lagi). Memang kena menapak jugak pastu smbil berjln dlm hujan rintik2.Hehe

        • danarif says:

          hehe.. i pon byk kali jgak dpt masalah sbb miscommunication.. but apapun experience dkt India mmg x dpt dilupakan lah.. hehe

  2. anash says:

    hotel oberoi nama nyer?
    mmm tatau akak …cuma akak suka senibina ada balcony terkeluar sket…
    yeap..india..membuatkan kita buka minda betapa ok nyer negara sendiri.
    di mumbai, ada satu kaw, auto tak leh masuk sbb tuh dah kira limit city centre…sume auto akan u-turn bila tiba kaw itu…
    memang nampak sgt perbezaan kasta di sana!!
    anash recently posted..MexicoCity-OaxacaMy Profile

    • danarif says:

      eh akak sebut baru prasan.. oberoi tu yg dkt area marine drive tu.. salah nama plak.. lol.. Taj Mahal Palace yg btol nya.. yup kat mumbai dlm city center teksi jer bleh masuk.. teksi plak tu semua oldskool abis.. kena plak sy ddk hotel murah kat area2 blakang, teksi pon xnk masuk.. hehe

  3. Chawanna says:

    Teringin nk pegi mumbai dan nk tgk sendiri Dhobi Ghatt tu, sangat menarik huhuhuhu
    Chawanna recently posted..Episod 1: Chawanna Terjah EuropeMy Profile

    • danarif says:

      hah jom2 pegi India skali lagi.. tp korg pegi la Mumbai.. I nk p kat area atas2 jer, x mau dah yg kat bawah2 :p

  4. Thristhan says:

    Wow man, you’ve really traveled a lot huh? I myself belum cover India also :) Good job bro, love reading your post and the photographs are amazing.
    Thristhan recently posted..Malaysia Airlines MAS A380 The Big Flight JoyrideMy Profile


CommentLuv badge

Turkey – A...

Nearly 5 months since my last update... At last I've managed ...

Review: Alaaddin Hotel,...

During our 8 days visit to Turkey, we spent 4 ...

Souq Waqif and...

When we arrived at Doha Int. Airport, it was 6.30 ...

Transit in Doha

Last month I travelled to Turkey and Saudi Arabia for ...

Experience traveling WithLocals

Experience traveling WithLocals During my trips, I usually try find ways ...

Turkey – A...

Nearly 5 months since my last update... At last I've managed ...

Review: Alaaddin Hotel,...

During our 8 days visit to Turkey, we spent 4 ...

Souq Waqif and...

When we arrived at Doha Int. Airport, it was 6.30 ...

Transit in Doha

Last month I travelled to Turkey and Saudi Arabia for ...

Experience traveling WithLocals

Experience traveling WithLocals During my trips, I usually try find ways ...

PROMOTIONS