Makanan halal ketika mengembara

**This entry is written in Malay**

Pemakanan merupakan satu elemen yang penting dalam sesuatu pengembaraan. Bagi pengembara Muslim, mencari makanan halal di sesuatu tempat tidaklah semudah yang disangka. Mungkin tidak menjadi masalah jika anda mengembara ke negara-negara yang majoriti penduduknya Muslim tetapi keadaan adalah sebaliknya jika mengembara ke negara yang penduduk Islam adalah minoriti.

Berdasarkan pengalamanku, bandaraya besar seperti Shanghai, Seoul, Melbourne, Hong Kong mahupun New Delhi, biasanya mempunyai banyak restoran-restoran halal yang beroperasi disana terutama di kawasan yang ramai pelancong. Kebanyakkannya menyajikan makanan daripada timur tengah, India, Indonesia serta Malaysia. Namun jika anda berada di bandar-bandar kecil, mungkin satu langkah yang baik untuk anda membawa stok makanan sendiri. Bagi diriku, sesekali aku terpaksa membiasakan diri dengan keadaan lapar ketika berkunjung ke negara orang. Sebabnya kadang-kadang tu susah sangat nak dapat makanan halal.

Oldtown Kopitiam Mamak, sebuah restoran Malaysia di Melbourne

Islamic Canteen di Hong Kong

Makanan halal dijual dengan harga mahal di luar negara?

Ianya bergantung kepada negara yang anda lawati, taraf hidup di negara tersebut serta kadar tukaran matawang. Permintaan yang tinggi, kesukaran mendapat bekalan daging halal serta kadar sewa dan gaji pekerja mempengaruhi harga yang dikenakan oleh sesuatu restoran. Aku pernah membayar HKD88 (RM45) untuk sepinggan briyani di sebuah restoran di tengah bandaraya Hong Kong tetapi aku juga pernah membayar 70 rupee (RM4) untuk sepinggan briyani di restoran sebuah hotel di bandar Jaipur.

Kashmiri Briyani ketika di Jaipur

Beranikah anda untuk mencuba makanan di gerai-gerai tepi jalan ketika mengembara?

Ada yang mengatakan makanan yang dijual digerai adalah makanan sebenar yang dimasak oleh orang tempatan. Mungkin teori ini ada kebenarannya namun bagi aku ianya bergantung kepada tahap kebersihannya kerana aku tidak mahu merempat di hospital di negara orang kerana cirit birit. Jikalau kebersihannya memuaskan, tidak menjadi masalah untuk mencubanya. Aku pernah makan di kawasan pasar malam di bandar Krabi, merasa makanan di ‘floating market’ di Hat Yai serta pernah juga mencuba Vada Puff, roti berasaskan sayuran di tepi jalanan Mumbai.

makanan halal di ‘floating market’, Hat Yai

Vada Puff di tepi jalanan Mumbai

steamboat di sebuah pasar malam di Krabi

susu unta di tengah padang pasir Arab Saudi

Makanan halal yang paling popular?

Selalunya aku akan cuba mencari makanan tempatan yang halal dulu dan jika itu tidak berhasil, barulah aku akan mencari makanan halal paling popular di dunia, Kebab! Makanan berasal dari timur tengah ini mudah didapati di serata dunia ketika ini. Begitu juga dengan Briyani yang lazimnya disajikan di restoran-restoran arab dan juga restoran makanan India. Jika di tempat itu tidak mempunyai restoran halal, terpaksalah mencari ‘backup plan’. Biasanya makanan laut seperti Fish & Chip ataupun makanan berasaskan sayuran atau  ‘vegetarian’.

Kimchi di Nami Island, Korea

Thali, set nasi bersama sayuran, kari dan roti.

Sebuah restoran kebab di Itaewon, Seoul

Fish & Chip, antara menu aku di Queenstown, New Zealand

Pengalaman berkaitan dengan makanan halal?

Ketika di negara China, walaupun aku telah menjumpai sebuah restoran Muslim, terdapat satu lagi cabaran yang perlu dihadapi, iaitu membuat pesanan makanan. Majoritinya tidak dapat berbahasa inggeris manakala menunya pula ditulis dalam tulisan cina terutamanya di kawasan bandar-bandar kecil. Aku terpaksa membuat pesanan berdasarkan gambar sahaja tanpa mengetahui apa sebenarnya benda tersebut dan ada juga satu kes dimana aku terpaksa menunjukkan pada makanan yang telah dipesan oleh meja sebelah.

inilah menunya di sebuah restoran halal di bandar Foshan.. sila order

terpaksa lah order dari menu yang ini

dan inilah hasilnya yang diperolehi..

Tips untuk mencari makanan halal ketika mengembara

Antara tips untuk mencari makanan halal ketika mengembara, selain daripada bantuan daripada google, anda boleh gunakan Apps oleh Zabihah di telefon anda ataupun boleh layari Zabihah.com. Zabihah mempunyai pangkalan data yang agak meluas bagi membolehkan anda mencari restoran halal di serata dunia. Apps Zabihah disediakan untuk IOS dan juga Android. Apps ini telah membantu aku mencari makanan ketika berada di Beijing dan juga di Phuket sebelum ini.

Dalam entri seterusnya, aku akan menemubual beberapa orang pengembara untuk mereka berkongsi pengalaman mereka tentang makanan halal dalam pengembaraan mereka.

12 Responses so far.

  1. cindyrina says:

    very informative ,Dan! Thank you!

  2. Jeff says:

    I can see how difficult it is to search for halal food especially in non-Islamic countries. I guess vegetarian meals are to go to when the search for halal foods failed.

  3. biqque says:

    zabihah.com mmg site terbaek utk halal food. info dari blogger lain jugak byk membantu.

    good info, dan 🙂

  4. Ajlaa says:

    janggal pula baca dalam bm. slow2 jak baca.
    terima kasih di atas perkongsian ini.

  5. Julia Mahir says:

    Thanks for the very helpful and interactive post!

    Just one thing that I’ve always wanted to ask travellers who opt for vegetarian food/fish – how do you make sure that such food are not cooked with non-halal ingredients i.e. non-halal oils, alcohol etc? Would u ask before placing ur order?

    It just came across my mind that in some countries that don’t really speak English, we might have some communication problem when we ask questions on their menu, kan? :/

    • danarif says:

      vegetarian food normally x problem sgt kot.. coz they will use only vege based products, even the oil won’t be animal based.
      seafood based kena be careful a a bit, like u said, it may be cooked with non-halal ingredients. To be safe, usually I asked before placing the order. But in non english speaking countries, I normally won’t take the risk. Better bring your own food. Last trip to vietnam, i brought some canned food and serunding. Then I just buy some plain rice to eat with it.

  6. thanks for this informative post bro! memang agak susah kalau nak cari makanan halal kat tempat org


Turkey – A...

Nearly 5 months since my last update... now am currently ...

Review: Alaaddin Hotel,...

During our 8 days visit to Turkey, we spent 4 ...

Souq Waqif and...

When we arrived at Doha Int. Airport, it was 6.30 ...

Transit in Doha

Last month I travelled to Turkey and Saudi Arabia for ...

Experience traveling WithLocals

Experience traveling WithLocals During my trips, I usually try find ways ...

Turkey – A...

Nearly 5 months since my last update... now am currently ...

Review: Alaaddin Hotel,...

During our 8 days visit to Turkey, we spent 4 ...

Souq Waqif and...

When we arrived at Doha Int. Airport, it was 6.30 ...

Transit in Doha

Last month I travelled to Turkey and Saudi Arabia for ...

Experience traveling WithLocals

Experience traveling WithLocals During my trips, I usually try find ways ...

PROMOTIONS